Monday, 15 July 2013

Ciri-ciri orang yang berjaya

Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.
Orang yang berjaya dalam hidupnya bukan orang tanpa kekurangan tapi dia gigih memperbaiki diri.
Orang yang berjaya tidak akan menganggap remeh sesuatu termasuk dosa sekecil apapun.
Orang yang berjaya adalah mereka yang berhasil mendapatkan petolongan Allah dari setiap urusannya.
Kejayaan hanya dapat dicapai apabila ada rintangan, kegagalan hanya dapat terjadi jika kita berhenti berusaha dan berputus asa. Tidak ada putus asa dalam Islam.
Kejayaan yang hakiki hanya dimiliki oleh orang-orang yang kembali kepada Allah dengan husnul khatimah.
====
Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang berjaya dalam ertikata sebenarnya. Amiin.

Tilawah : Ilmu Penyuluh Kehidupan

► AYAT KEFAHAMAN (Surah Al-Imran 18:3)

شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Maksudnya: "Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia yang mentadbir dengan penuh keadilan. Para Malaikat dan orang yang berilmu juga menyatakan yang demikian. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."


► PENGERTIAN ILMU

Dari segi:~

Bahasa: Pengetahuan
Istilah : Pengetahuan sebenar terhadap sesuatu perkara

► MARTABAT DAN KELEBIHAN ORANG YANG BERILMU
  • Allah mengiktiraf dan memuliakan orang yang berilmu
  • Orang yang berilmu dihormati masyarakat
► PERANAN ILMU DALAM KEHIDUPAN

Peranan ilmu kepada individu
  1. Dapat menyedarkan kita tentang KeEsaan, kekuatan dan kebijaksanaan Allah s.w.t melalui ciptaanNya yang unik dan menarik
  2. Dapat melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t seperti solat dan puasa bertepatan dengan syarak
  3. Dapat menguasai kemahiran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, arkitek dan kejuruteraan
Peranan ilmu kepada masyarakat
  1. Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan perihatin
  2. Memudahkan interaksi dalam kehidupan
Peranan ilmu kepada negara
  1. Membina kemajuan negara
  2. Disegani dan dihormati oleh dunia luar
► PENGAJARAN AYAT

Ilmu pengetahuan amat penting kepada setiap individu muslim untuk mengenal Allah s.w.t
  1. Kewajipan menuntut ilmu berterusan sepanjang hayat
  2. Masyarakat dapat mencapai kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat dengan menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
  3. Masyarakat bukan Islam memandang tinggi kepada umat Islam yang berilmu

Thursday, 11 July 2013

pengtingnya ilmu

Di dunia realiti sekarang ni , kita makin ketandusan manusia yang berilmu .
Kenapa ? Kita boleh tengok dan nilai dengan sendiri .
Kebanyakan orang zaman sekarang dah cetek dalam ilmu agamanya sendiri .
Kalau makin ramai yang cetek ilmunya , apa nak jadi dengan dunia ni ?
Semuanya mungkin tidak akan mengikut syariat yang betul dan 
 gaya hidup cara islam semakin hilang dan lesap ditelan zaman .
 
 
Zaman moden sekarang ni dah banyak tempat untuk kita menuntut ilmu .
Termasuklah di hujung jari je , iaitu internet . Tak susah untuk kita cari ilmu tu .
Cuma terletak kepada diri sendiri je sama ada malas atau rajin .


"Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim lelaki dan Muslim perempuan"
(Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

"Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina"
(Pepatah Melayu)
 
 
 Walaupun kita dah belajar sedaya upaya , tapi still tak pandai . 
Itu tidak mengapa . Sebab yang wajibnya adalah menuntut ilmu 
bukannya menjadi pandai . Orang yang menuntut ilmu ni adalah juga 
orang yang sedang berjihad di jalan Allah .
 "Allah tak marah kalau kita tak pandai , 
tapi Allah marah kalau kita tak mununtut ilmu"
-Ustaz Azhar Idrus-

Okay ! Sampai situ je aku nak post untuk kalini ! 
Harap korang semua timba ilmu sebanyak mungkin . 
Kita manusia wajib menuntut ilmu !